Nuffnang add

Saturday 19 November 2011

Prinsip Hidup!!!-Part 1

Saya akan cuba menjadikan artikel ini sebagai satu artikel simple dalam blog saya. Ia mengenai prinsip hidup dalam hidup saya selama saya bernafas dalam usia 22 tahun ini. Segala kenangan dan peristiwa yang ku lalui mengajar aku erti kemantangan dalam hidup ini. Disini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang prinsip hidup saya...Harap sudi membacanya

1.Dalam hidup saya, setiap yang saya lakukan hendaklah mengikut cita rasa saya, bab dari segi pakaian, gajet, barang keperluan semuanya hendaklah memenuhi citarasa saya sendiri. Sekiranya tidak memenuhi cita rasa contohnya pakaian yang dihadiakan oleh orang, saya akan pakai juga kemungkinan sekali atau dua kali sahaja. Terpaksa pakai demi untuk meyejukkan hati si pemberi.

2.Dalam hidup saya, setiap benda yang saya nak beli, saya mesti usahakan untuk mendapatkanya dan membeli menggunakan duit hasil titik peluh saya ini. Tidak kisah barang tersebut itu mahal atau murah. Saya lebih bersikap untuk megumpul duit tersebut dari sikit hinggalah banyak sehingga dapat membeli barangan tersebut.

3.Dalam hidup saya, setiap barangan saya atau barang keperluan saya, saya lebih suka membelinya sendiri tanpa berteman atau mendapat idea daripada orang lain, walaupun orang tersebut rapat dengan saya. Saya juga tidak suka meminta pendapat daripada mereka. Sekiranya saya membeli barangan tersebut dan berasa tidak berpuas hati maka barangan tersebut akan bertukar tangan kepada adik-adikku sekalian yang sedia menadah tangan.hahahahaha

4.Dalam hidup saya, barangan saya merupakan aset penting dalam hidup saya, ini kerana jika barangan tersebut bukan daripada titik peluh saya sendiri, saya akan berasa hidupku ini tiada apa-apa, maksudnya tiada harta atau mafaat kerana seolah-olah sebelum ini duit yang saya dapat, tak kisah daripada mana sekali pun (yang halal yer) hanyalah untuk makan sajalah, yang tidak mendatangkan hasil, bagiku ia merupakan satu kerugian.

5.Dalam hidup saya, saya tidak akan bantu adik-adik saya dari segi wang ringgit atau material, ini kerana saya mahu diorang berdikari dan berusaha untuk mencarinya sendiri menggunakan titik peluh mereka sendiri. Namun saya sebagai abang, saya punyai hati dan perasaan, sekiranya saya hendak menolong saya akan menolong mereka secara kebetulan ataupun secara tersirat. Maksud tersirat ini adalah saya ambil contoh sekiranya komputer adik saya mengalami masalah atau kerosakan saya akan membaikinya menggunakan duit saya sendiri ataupun saya akan mengantikanya  mengunakan barang saya sendiri.


6.Dalam hidup saya, saya tidak suka orang mengongkong hidup saya terutamnya dalam membuat keputusan. Namun saya akan pertimbangkan juga keputusan yang saya buat, sehingga sekarang rasanya tiada keputusan yang saya buat mebelakangkan ibubapa saya sehingga mereka kecewa. Namu  saya yakin kebebasan yang diberi oleh ibubapa saya dalam membuat keputusan ini saya akan gunakan sebaik yang mungkin. Saya juga tidak suka orang memaksa saya dalam menceritakan tentang diri saya atau memaksa saya berkongsi kisah atau pandangan saya secara paksa sahaja secara santai dibenarkan.

7.Dalam hidup saya, saya seorang yang sensitf dan peka pada keadaan sekeliling, contohnya sekiranya kawan-kawan atau saudara mara meperlekehkan saya dari segi mental atau fizikal saya beranggapan sindiran yang dilontarkan kepada saya merupakan perkara yang benar, namun saya lebih proaktif dan megambilnya sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri saya untuk berjaya pada masa hadapan walaupun pahit pedih terpaksa saya telan demi untuk berjaya.

8.Dalam hidup saya, saya mudah untuk meyesuaikan diri di tempat baru, bagi saya tempat baru merupakan titik permulaan kita untuk meneruskan hidup atau misi dalam hidup kita. Saya juga mudah bergaul dengan kawan baru kerana saya seorang yang peramah dan tidak semua kawan saya akan bergaul, saya agak mementingkan kawan, mungkin setengah kawan saya hanya berkawan di permulaanya kerana melihat cara pergaulannya dan tingkah lakunya yang tidak serasi dengan hidup saya.

9.Dalam hidup saya, saya tidak suka berkongsi barang atau peralatan dengan orang lain, saya lebih suka memilikinya sendiri kerana saya merasakan barang atau peralatan yang dikongsi bakal mendatangkan masalah pada diri saya contohnya jika barang tersebut adalah kompter saya berkongsi dengan kawan saya, ketika saya mengunakanya untuk membuat urusan saya, kawan saya juga mahu mengunakannya juga, ia menimbulkan kesulitan pada kedua-dua pihak dan seterusnya menibulkan konflik. Namun saya boleh memberi pinjam barangan saya kepada orang lain sekali sekala sahaja kerana saya pernah terkena barang saya bagi pinjam tidak dipulangkanya kembali.

10.Dalam hidup saya, saya suka menjadi ketua kerana sejak azali lagi saya lebih suka membuat keputusan atau memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu pekara. Satu lagi pekara saya suka adalah mendampingi orang lain contohnya menolong orang lain dalam kesusahan, suka bercerita dan berkongsi pandangan dan pendapat. Selain itu, saya gemar aktiviti yang melibatkan individu atau masyarakat contohnya kembara, gotong-royong, ibadah korban dan lain-lain lagi.

-Nantikannya part 2 pada masa akan datang...

*Kredit pada images daripada google images...


Tuesday 1 November 2011

Hilang Kebahagian....yang Tinggal Hanyalah Kenangan


Salam Semua,tanggal 1/11/2011 saya dikejutkan dengan berita daripada seorang kawan kimiey,kawan sekelas kimiey iaitu Fatin akan meninggalkan kelas atau kuliah yang selama ini kami perjuangkan bersama-sama untuk mencapai segegam ijazah.Beliau tewas di awal perjuangan disebabkan telah mendapat pekerjaan.TAHNIAH!!!!Oleh itu, beliau telah membuat pilihan untuk berhenti belajar dan meneruskan perjuangan dalam bidang profesion pilhannya.Syukurlah alhamduiilah Fatin dah dapat kerja, jangan di lupa kawan2 yer....

Sebelum beliau meninggalkan UTHM, kimiey ada berjumpa dengan beliau, semasa perjumpaan itu beliau telah memberikan kepada kimiey 2 tiket iaitu, tiket perjalanan dari Batu Pahat-Shah Alam pada tarikh 3/11/2011 pukul 8.30pm, seperti sebelum ini jika kimiey hendak balik ke Shah Alam, kimiey pasti balik bersama dengan dia, pada minggu ini nampak nyer kimiey terpaksalah balik seorang diri, hemmmmm, sedihnya kawan perempuan yang selama ini kimiey rapat dan berkongsi cita rasa, berkongsi pendapat, pengalaman dan lain-lain bersama telah pergi mencari jalan yang lain.(Jalan yang Benar)hehehehe

Kimiey nak cerita sikit pasal kawan baik kimiey ni, dia kalau nak diikutkan seorang yang lemah lembut, caring, friendly dan yang paling best seorang yang banyak cakap...kalau sapa2 yang boring tu boleh la jumpa dia untuk berborak-borak sambil paku-memaku antara satu sama lain, jangan lebih-lebih sudah.hehehehehehe.Satu tentang kawan kimiey ni beliau merupakan orang perempuan yang terawal yang kimiey rapat sekali.Entah tak tahu nak kata apa sebab beliau memang nampak cool jer...cewaaahhhh...hehehehe...tapi kimiey tak simpan niat pon sebab kawan kimiey tu dah bertunang dah, so jangan salah faham yerr...orang kata teman tapi mesra kan...hehehehehehe.

Apa-apa pun kimiey doakan moga kawan baik kimiey tu berjaya dalam hidup dan selamat mendirikan rumah tangga dengan bakal tunangnyer...moga berbahagia dengan yang tersayang, selepas ini jangan lupa jemput kitorang semua dan kawan-kawan pergi ke majlis resepsi ko tu..Apa-apa hidup mesti diteruskan sehingga titisan darah yang terakhir.

Wassalam....
*tiket tu akan ku simpan sebagai kenangan....