Nuffnang add

Thursday 9 February 2012

Broadband SKMM 1 Malaysia

Salam semua, lama kimiey tak update blog ni yer, mintak maaf banyak-banyak kerana tak update membuat anda semua tertunggu-tunggu 'review ' yang terbaru. Seperti yang anda semua lihat tajuk diatas iaitu Broadband SKMM 1 Malaysia, mesti anda semua sudah mengetahui tentangnya. Malah, kimiey sendiri pun memilikinya. hehehehe


Sebelum kimiey terangkan lebih lanjut tentang broadband skmm ini, kimiey terangkan dahulu tentang teknologi yang digunakan oleh broadband ini, yang tahu makin tahu, yang tak tahu makan tauhu goreng, teknologi yang digunakan oleh broadband ini adalah rangkaian tanpa wayar 3G iaitu generasi ketiga teknologi tanpa wayar. Teknologi tanpa wayar 3G ini merupakan teknologi yang terpantas dan popular pada satu ketika dahulu di malaysia ini. Namun gelaran tersebut hanya tinggal kenangan kerana adiknya merampas gelaran tersebut iaitu 4G rangkaian tanpa wayar yang terpantas di Malaysia pada masa kini. Ingat rangkaian TANPA WAYAR sahaja ya!!


So, berbalik pada tajuk kita semula apa yang ada pada Broadband SKMM 1 Malaysia ini, sebenarnya broadband satu malaysia ini diwujudkan oleh kerajaan untuk meningkatkan bilangan pengguna internet terutamanya diluar bandar di Malaysia secara amnya. Broadband skmm ini terdapat dalam 3 pilihan operator iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Tetapi tak silap kimiey Celcom la yang paling popular dan  paling laris. maaf jika maklumat kimiey ini silap, malah kimiey sendiri pun melanggannya. maaf yer saya bukan megampu celcom yer..hehehehe

Apa yang kimiey hendak katakan setelah melanggannya selama sebulan, baru kimiey tahu ada kebaikan dan ada keburukannya, mestilah semua benda tak semua sempurna kan? pek celcom ini mempunyai kredit Rm 25.00 dan bulan pertama adalah percuma dan bulan kedua hanya topup rm 25.00 sahaja, quota 800mb (namun sampai sekarang belum dikuatkuasakan lagi), tiada kontrak bila-bila masa boleh tamatkan. Kelajuannya adalah 384kbps-1.5mbps mengikut tempat dan situasi. Bagi kimiey internet ni kalau kita guna seorang sahaja tak seronok, lagi seronok kalau dapat dikongsi...orang kata sharing is caring kan!!hehehe. so kimiey beli 3G wireless router untuk diguna pada telefon dan komputer pada masa yang sama. so kita dapat berkongsi satu rangkaian yang sama tetapi peralatan yang berlainan.

So setakat ini sahaja review kimiey kali ini, kalau kemuskilan dan soalan boleh ajukan pada comment dibawah, inshallah kimiey akan menjawab segala pertanyaan yang diajukan sekadar yang mampu. Jika ada pengalaman juga boleh dikongsi-kongsi kan disini. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Jumpa lagi.....Salam