Nuffnang add

Wednesday 4 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN-OLD SCHOOL

          
           
            Salam semua, tak lambat lagi kimiey nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua ya!!moga tahun ini lebih baik dari semalam. Hari ini kimiey nak cerita dan kongsi sikit tentang "Hari Pertama Persekolahan". Nampak topic ni macam mengimbau kenangan tentang zaman persekolahan kita semua pada zaman dulu-dulu. Kimiey teringin nak berkongsi sedikit tentang tajuk ini selepas menonton buletin utama tv3 tadi, macam-macam ragam yang kita dapat lihat kan, dihari pertama persekolahan murid-murid sekarang ni. Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang boring, ada yang mengantuk dan macam-macam lagi la.

            Bila melihat gelagat budak-budak ni, kimiey teringat zaman kimiey dahulu, masa darjah 1 dulu, hari pertama ke sekolah menaiki bas sekolah, ayah dan mak kimiey tak pernah pun hantar kimiey sehingga muka pintu kelas, semuanya dilakukan oleh kimiey sendiri (dapat juga aku mencari kelas yerr, pandai...hehehe). Bermula dari rumah  menaiki bas pada pukul 6.00 pagi, perjalanan mengambil masa satu jam dari rumah ke sekolah (woww!!lamanya dalam bas), memang lama tapi biasalah bas sekolah ni ambil kawan-kawan kimiey lagi kan so memang lama la kan. Pukul 6.55 pagi sampai ke sekolah, berbekalkan makanan dari rumah iaitu burger telur dari ayahandaku bersama duit poket sebanyak Rm 0.50 kupang (sen).
Kimiey berjalan dari pintu pagar sekolah sehinggalah ke kelas, kimiey ingat lagi nama kelas tersebut kelas 1 Dedikasi dan cikgu yang mengajar kimiey adalah cikgu Pn Rozita Binti ??? tak ingat dah binti apa lama dah kan.

             Tepat pukul 8.00 pagi, kami semua berbaris sambil menyanyikan lagu negaraku dan ada sedikit taklimat pada ibubapa (mak & ayah kimiey tak datang sebab kerja). Selepas itu, semua murid beratur masuk ke kelas masing-masing, disitu kimiey dapat lihat dan jumpa kawan-kawan baru kimiey, ada yang menangis, ada yang tidak mahu masuk ke sekolah, ada yang sedih, ada boring, ada yang mengantuk, macam-macam la. Tapi kimiey langsung tak menangis???hairan??nak tahu rahsianya???teeeetttttttttttttttttttttttttt!!!!Sebelum kimiey ke sekolah mak kimiey pesan kepada kimiey, ("kimiey, nanti p sekolah p bilang berapa orang kawan-kawan kimiey yang teriak(menangis), pastu nanti balik rumah bagi tahu mak berapa orang yang teriak, ok"). Selama seminggu kimiey kira kawan-kawan kimiey yang teriak tu la, lepas seminggu dah tak ada dah. So apa yang dapat kimiey lihat bila dah besar ni, cara dan pendekatan yang digunakan oleh mak dalam mendidik anaknya adalah mengunakan psychology. So bila dah didik dan ajar macam tu, kami semua dapat berdikari bila besar dan secara langsung kami semua tidaklah hanya bergantung kepada ibu bapa kami semua. Kepada semua ibubapa semua yang ada anak masing-masing cubalah guna kaedah ini. Inshallah, berkat doa dari anda semua anak-anak dapat menyesuaikan diri mereka apabila hari pertama persekolahan mereka (macam Dr Pazilah Kamtumee plak,hehehe, macam ada pengalaman plak aku ni kan....hehehhehe)


*Guru jasamu akan ku kenang....
*Gambar adalah hiasan semata-mata...