Nuffnang add

Wednesday 28 December 2011

STRESS VS DROWSE

         
               Salam semua, minggu "study week" dah bermula dan bakal berakhir tidak lama lagi. Oleh yang demikian, tengah-tengah malam dok studock(study) tu..sekali sekala mulut kita akan menjadi mulut badak air yang tengah dahagakan air honey jus yang dibuat oleh pak arab kat kafe G3 kan...Kat sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan awak semua. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba kawan-kawan!!

LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
 
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>MOGA TIDAK PATAH TENGKUK YERR!!!!X PASAL-PASAL PLAK AKU KENA SAMAN!!!Demmmm!!!!ehehehehehe

*Kredit to ibnismail.wordpress.com for the info

Sunday 18 December 2011

BAUCER BUKU RM 200.00


Salam semua, wooowwwwWW!!! dapat duit lagi...duit cepat...derma lambat...hehehehehehe...seperti yang kita semua ketahui bajet 2012, semua pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6 bakal mendapat perutukan baucer buku sebanyak Rm 200.00 seorang.


APA PANDANGAN PERTAMA YANG KORANG FIKIRKAN????RM 200.00???....nak beli seluar jeans??nak beli handset samsung galaxy s2???trade-in yang lama tambah rm200+ lebih skit angkat phone tu???atau nak derma duit tersebut pada apek choong kuat utk tukar sport rim moto???atau nak beli novel ombak rindu???atau lain-lain.

Jawapanya???JANGAN NAK BERANGAN LA!!!!!ahahahhaha...baca syarat-syarat dibawah ni dulu....

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.


5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

 Kesimpulanya, duit ptptn pun korang dah joli sakan..baucer buku ni nak jadikannya senasib ptptn juga ker???hahahahhaha...jangan haraplah la....hahahhaha...so gunakannya di tempat yang betul yerr.....

Sekian,

*kredit to blog:www.dianarashid.com
*semua gambar adalah hiasan semata-mata.




Saturday 19 November 2011

Prinsip Hidup!!!-Part 1

Saya akan cuba menjadikan artikel ini sebagai satu artikel simple dalam blog saya. Ia mengenai prinsip hidup dalam hidup saya selama saya bernafas dalam usia 22 tahun ini. Segala kenangan dan peristiwa yang ku lalui mengajar aku erti kemantangan dalam hidup ini. Disini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang prinsip hidup saya...Harap sudi membacanya

1.Dalam hidup saya, setiap yang saya lakukan hendaklah mengikut cita rasa saya, bab dari segi pakaian, gajet, barang keperluan semuanya hendaklah memenuhi citarasa saya sendiri. Sekiranya tidak memenuhi cita rasa contohnya pakaian yang dihadiakan oleh orang, saya akan pakai juga kemungkinan sekali atau dua kali sahaja. Terpaksa pakai demi untuk meyejukkan hati si pemberi.

2.Dalam hidup saya, setiap benda yang saya nak beli, saya mesti usahakan untuk mendapatkanya dan membeli menggunakan duit hasil titik peluh saya ini. Tidak kisah barang tersebut itu mahal atau murah. Saya lebih bersikap untuk megumpul duit tersebut dari sikit hinggalah banyak sehingga dapat membeli barangan tersebut.

3.Dalam hidup saya, setiap barangan saya atau barang keperluan saya, saya lebih suka membelinya sendiri tanpa berteman atau mendapat idea daripada orang lain, walaupun orang tersebut rapat dengan saya. Saya juga tidak suka meminta pendapat daripada mereka. Sekiranya saya membeli barangan tersebut dan berasa tidak berpuas hati maka barangan tersebut akan bertukar tangan kepada adik-adikku sekalian yang sedia menadah tangan.hahahahaha

4.Dalam hidup saya, barangan saya merupakan aset penting dalam hidup saya, ini kerana jika barangan tersebut bukan daripada titik peluh saya sendiri, saya akan berasa hidupku ini tiada apa-apa, maksudnya tiada harta atau mafaat kerana seolah-olah sebelum ini duit yang saya dapat, tak kisah daripada mana sekali pun (yang halal yer) hanyalah untuk makan sajalah, yang tidak mendatangkan hasil, bagiku ia merupakan satu kerugian.

5.Dalam hidup saya, saya tidak akan bantu adik-adik saya dari segi wang ringgit atau material, ini kerana saya mahu diorang berdikari dan berusaha untuk mencarinya sendiri menggunakan titik peluh mereka sendiri. Namun saya sebagai abang, saya punyai hati dan perasaan, sekiranya saya hendak menolong saya akan menolong mereka secara kebetulan ataupun secara tersirat. Maksud tersirat ini adalah saya ambil contoh sekiranya komputer adik saya mengalami masalah atau kerosakan saya akan membaikinya menggunakan duit saya sendiri ataupun saya akan mengantikanya  mengunakan barang saya sendiri.


6.Dalam hidup saya, saya tidak suka orang mengongkong hidup saya terutamnya dalam membuat keputusan. Namun saya akan pertimbangkan juga keputusan yang saya buat, sehingga sekarang rasanya tiada keputusan yang saya buat mebelakangkan ibubapa saya sehingga mereka kecewa. Namu  saya yakin kebebasan yang diberi oleh ibubapa saya dalam membuat keputusan ini saya akan gunakan sebaik yang mungkin. Saya juga tidak suka orang memaksa saya dalam menceritakan tentang diri saya atau memaksa saya berkongsi kisah atau pandangan saya secara paksa sahaja secara santai dibenarkan.

7.Dalam hidup saya, saya seorang yang sensitf dan peka pada keadaan sekeliling, contohnya sekiranya kawan-kawan atau saudara mara meperlekehkan saya dari segi mental atau fizikal saya beranggapan sindiran yang dilontarkan kepada saya merupakan perkara yang benar, namun saya lebih proaktif dan megambilnya sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri saya untuk berjaya pada masa hadapan walaupun pahit pedih terpaksa saya telan demi untuk berjaya.

8.Dalam hidup saya, saya mudah untuk meyesuaikan diri di tempat baru, bagi saya tempat baru merupakan titik permulaan kita untuk meneruskan hidup atau misi dalam hidup kita. Saya juga mudah bergaul dengan kawan baru kerana saya seorang yang peramah dan tidak semua kawan saya akan bergaul, saya agak mementingkan kawan, mungkin setengah kawan saya hanya berkawan di permulaanya kerana melihat cara pergaulannya dan tingkah lakunya yang tidak serasi dengan hidup saya.

9.Dalam hidup saya, saya tidak suka berkongsi barang atau peralatan dengan orang lain, saya lebih suka memilikinya sendiri kerana saya merasakan barang atau peralatan yang dikongsi bakal mendatangkan masalah pada diri saya contohnya jika barang tersebut adalah kompter saya berkongsi dengan kawan saya, ketika saya mengunakanya untuk membuat urusan saya, kawan saya juga mahu mengunakannya juga, ia menimbulkan kesulitan pada kedua-dua pihak dan seterusnya menibulkan konflik. Namun saya boleh memberi pinjam barangan saya kepada orang lain sekali sekala sahaja kerana saya pernah terkena barang saya bagi pinjam tidak dipulangkanya kembali.

10.Dalam hidup saya, saya suka menjadi ketua kerana sejak azali lagi saya lebih suka membuat keputusan atau memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu pekara. Satu lagi pekara saya suka adalah mendampingi orang lain contohnya menolong orang lain dalam kesusahan, suka bercerita dan berkongsi pandangan dan pendapat. Selain itu, saya gemar aktiviti yang melibatkan individu atau masyarakat contohnya kembara, gotong-royong, ibadah korban dan lain-lain lagi.

-Nantikannya part 2 pada masa akan datang...

*Kredit pada images daripada google images...


Tuesday 1 November 2011

Hilang Kebahagian....yang Tinggal Hanyalah Kenangan


Salam Semua,tanggal 1/11/2011 saya dikejutkan dengan berita daripada seorang kawan kimiey,kawan sekelas kimiey iaitu Fatin akan meninggalkan kelas atau kuliah yang selama ini kami perjuangkan bersama-sama untuk mencapai segegam ijazah.Beliau tewas di awal perjuangan disebabkan telah mendapat pekerjaan.TAHNIAH!!!!Oleh itu, beliau telah membuat pilihan untuk berhenti belajar dan meneruskan perjuangan dalam bidang profesion pilhannya.Syukurlah alhamduiilah Fatin dah dapat kerja, jangan di lupa kawan2 yer....

Sebelum beliau meninggalkan UTHM, kimiey ada berjumpa dengan beliau, semasa perjumpaan itu beliau telah memberikan kepada kimiey 2 tiket iaitu, tiket perjalanan dari Batu Pahat-Shah Alam pada tarikh 3/11/2011 pukul 8.30pm, seperti sebelum ini jika kimiey hendak balik ke Shah Alam, kimiey pasti balik bersama dengan dia, pada minggu ini nampak nyer kimiey terpaksalah balik seorang diri, hemmmmm, sedihnya kawan perempuan yang selama ini kimiey rapat dan berkongsi cita rasa, berkongsi pendapat, pengalaman dan lain-lain bersama telah pergi mencari jalan yang lain.(Jalan yang Benar)hehehehe

Kimiey nak cerita sikit pasal kawan baik kimiey ni, dia kalau nak diikutkan seorang yang lemah lembut, caring, friendly dan yang paling best seorang yang banyak cakap...kalau sapa2 yang boring tu boleh la jumpa dia untuk berborak-borak sambil paku-memaku antara satu sama lain, jangan lebih-lebih sudah.hehehehehehe.Satu tentang kawan kimiey ni beliau merupakan orang perempuan yang terawal yang kimiey rapat sekali.Entah tak tahu nak kata apa sebab beliau memang nampak cool jer...cewaaahhhh...hehehehe...tapi kimiey tak simpan niat pon sebab kawan kimiey tu dah bertunang dah, so jangan salah faham yerr...orang kata teman tapi mesra kan...hehehehehehe.

Apa-apa pun kimiey doakan moga kawan baik kimiey tu berjaya dalam hidup dan selamat mendirikan rumah tangga dengan bakal tunangnyer...moga berbahagia dengan yang tersayang, selepas ini jangan lupa jemput kitorang semua dan kawan-kawan pergi ke majlis resepsi ko tu..Apa-apa hidup mesti diteruskan sehingga titisan darah yang terakhir.

Wassalam....
*tiket tu akan ku simpan sebagai kenangan....

Monday 17 October 2011

Second Intake Bachelor UTHM



Salam semua...berdasarkan kepada tajuk diatas i would to inform u...amboiii ayat x blah aihhh....skema gila....berbalik pada tajuk diatas..UTHM(Universiti terhebat di malaysia menalu-alukan kedatangan pelajar baru intake kedua untuk mengikuti pengajian di UTHM dalam bidang2 berikut....

*Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian BFF
*Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dengan Kepujian
*Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) dengan Kepujian
*Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan Kepujian
*Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
*Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian
*Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian

Second intake program, kursus yang ditawarkan tidak banyak berbanding first intake yang banyak ditawarkan..tetapi kepada calon2 atau bakal pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di sini bolehlah memohon untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh UTHM...tetapi sebelum memohon pastikan anda layak atau pastikan syarat2 AM&KHAS universiti dipenuhi untuk memudahkan anda mendapatkan peluang belajar di sini...untuk maklumat lanjut bolehlah saudara/saudari melawat laman sesawang UTHM iaitu

http://www.uthm.edu.my/
atau
http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/865/231/lang,en/

Tarikh Mula Permohonan :
17 Oktober 2011

Tarikh Akhir Permohonan :
31 Oktober 2011

Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen :
9 November 2011
Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM
No. Telefon : 07-4537689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7686/ 7684
No. Faks : 07-4536085
Emel : pa@uthm.edu.my

Inshallah jika ada rezeki tak kemana.....amin..Good Luck!!!






Create A Own Blog Have a Own Taste

      
        Salam semua,first time i publish new topic in new blog...walhal tetap sedih dengan permergian blog yang lama...hemmmmm...but don't worry about that, i will served your a new topic and new life about my life...wonderfull..poyo jer aku ni...hahhahahha..nak mula mcm mn plak ni..kekok jerrr nk karang ni..hhhhahaha..tapi kalau cakap lagi org x tunjuk muka meluat..aku buat do no jerrr....biar lerrr aku punya mulut kan...so cakap jerrrr la...aku ni kalau jual ubat mesti laku kan...hohohohooho....Mari2!!!!ahahahaha..sudah2!!

       Today, i would to share with your all,now i further study in University Terhebat di Malaysia...hahhahaha...UTHM(University Tun Hussein Onn Malaysia)..course IT..Bachelor of Information Technology..pehhhh panjang jgak ehhh..nak tulis ni...kalau orang tanya...cuma cakap IT jerr...hohohoohoho....so senang jerrr kan...Today i off, so x boleh la nk melekat kat bilik ja kan...so aku ajak housemate aku gi jogging..walhal aku mlas nk jogging2 ni...tapi demi nak mengurangkan tayar spare di perut ni TERPAKSALAH berkoban sedikit....takut nanti first night belaga perut la plak kan..org len belaga pusat...hehheheheheh..opzzzzzzz (18SX jer)heehehehe...sebenarnya sebelum nk gi jogging tu planning nk gi tmpat lain...nak gi atm bank islam kat seberang jalan tu..pastu plan punya plan bagus jgak kalau gi cna jogging jer la...orang kata menyelam sambil hirup air..ehhhh...btul tah aku pnya peribahasa ni....lantaklah karam singh pon boleh bt peribahsa dia sendiri...walhal aku x kan x boleh....hohhohoho...x per aku aku jadi adik karam singh....hahahhahahaha...
        Yesterday,i have a test statistic....pehhhhhh...susah gilerrr...soalan punyalah skit tapi...answer..mcm karang blog...fuhhhhhh...jawab punya jawab masa yang diberi 1 jam jerrr....kiranya kalau masa jawab tu memang kena consetrate jer lah...kalau dok berangan macam mak jenin tu...bagi 10 jam pon x cukup...hemmmmm...nak kata boleh jawab tu maybe alhamduillah boleh kot....tapi x cmua la boleh jawab coz..susah...hemmmmm..so sad!!but do be sad coz next time Qie Mie...you must do the best for your self!!!!chayok2 yerr!!!!GO!!GO!!ambooooiii...smagt gilerrrr aku ni...x per org kata semangat tu penting dalam apa jua keadaan...tanpa semangat x aderlah kejayaan....Tudia!!!ayat Dr Fazilah Kamsah dah kuaq dh...ahahahahhaa..so malam ni rasa nak study aperr arr????hemmmm selasa lusa adaer plak test mandarin.."ni ha ma"..wan hao.wan an..wa bu hao....an jing...lau shau..ni jalah perkataan mandarin yg aku ingat....biasalah sem 1 ni kena bljar ambk bhasa asing...boleh tahan kalau x tau....senang ja kalau dah tahu...hemmmmm..setiap benda kat dunia ni semua susah..tapi kalau dah bljar yang susah pon akan jadi senang...btul kan....hemmmmm..cth mcm UPSR...kalau skrg tnya mmg Qie Mie jawab snag jerrr..mcm kacang jerrr...hemmmm...cuba tanya masa nak ambil UPSR...tobat lilah....payah gila..kalau la ni suruh ambik len x mau ambk dh sebab apa???sebab UPSR mana laku dh!!!!!ahahahhahaha..
Ok la setakat ni jalah coleteh Qie Mie untuk kali ni....jmpa lagi..Wan An(selamat malam)!!