Nuffnang add

Sunday 18 December 2011

BAUCER BUKU RM 200.00


Salam semua, wooowwwwWW!!! dapat duit lagi...duit cepat...derma lambat...hehehehehehe...seperti yang kita semua ketahui bajet 2012, semua pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6 bakal mendapat perutukan baucer buku sebanyak Rm 200.00 seorang.


APA PANDANGAN PERTAMA YANG KORANG FIKIRKAN????RM 200.00???....nak beli seluar jeans??nak beli handset samsung galaxy s2???trade-in yang lama tambah rm200+ lebih skit angkat phone tu???atau nak derma duit tersebut pada apek choong kuat utk tukar sport rim moto???atau nak beli novel ombak rindu???atau lain-lain.

Jawapanya???JANGAN NAK BERANGAN LA!!!!!ahahahhaha...baca syarat-syarat dibawah ni dulu....

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.


5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

 Kesimpulanya, duit ptptn pun korang dah joli sakan..baucer buku ni nak jadikannya senasib ptptn juga ker???hahahahhaha...jangan haraplah la....hahahhaha...so gunakannya di tempat yang betul yerr.....

Sekian,

*kredit to blog:www.dianarashid.com
*semua gambar adalah hiasan semata-mata.




No comments:

Post a Comment