Nuffnang add

Tuesday 1 November 2011

Hilang Kebahagian....yang Tinggal Hanyalah Kenangan


Salam Semua,tanggal 1/11/2011 saya dikejutkan dengan berita daripada seorang kawan kimiey,kawan sekelas kimiey iaitu Fatin akan meninggalkan kelas atau kuliah yang selama ini kami perjuangkan bersama-sama untuk mencapai segegam ijazah.Beliau tewas di awal perjuangan disebabkan telah mendapat pekerjaan.TAHNIAH!!!!Oleh itu, beliau telah membuat pilihan untuk berhenti belajar dan meneruskan perjuangan dalam bidang profesion pilhannya.Syukurlah alhamduiilah Fatin dah dapat kerja, jangan di lupa kawan2 yer....

Sebelum beliau meninggalkan UTHM, kimiey ada berjumpa dengan beliau, semasa perjumpaan itu beliau telah memberikan kepada kimiey 2 tiket iaitu, tiket perjalanan dari Batu Pahat-Shah Alam pada tarikh 3/11/2011 pukul 8.30pm, seperti sebelum ini jika kimiey hendak balik ke Shah Alam, kimiey pasti balik bersama dengan dia, pada minggu ini nampak nyer kimiey terpaksalah balik seorang diri, hemmmmm, sedihnya kawan perempuan yang selama ini kimiey rapat dan berkongsi cita rasa, berkongsi pendapat, pengalaman dan lain-lain bersama telah pergi mencari jalan yang lain.(Jalan yang Benar)hehehehe

Kimiey nak cerita sikit pasal kawan baik kimiey ni, dia kalau nak diikutkan seorang yang lemah lembut, caring, friendly dan yang paling best seorang yang banyak cakap...kalau sapa2 yang boring tu boleh la jumpa dia untuk berborak-borak sambil paku-memaku antara satu sama lain, jangan lebih-lebih sudah.hehehehehehe.Satu tentang kawan kimiey ni beliau merupakan orang perempuan yang terawal yang kimiey rapat sekali.Entah tak tahu nak kata apa sebab beliau memang nampak cool jer...cewaaahhhh...hehehehe...tapi kimiey tak simpan niat pon sebab kawan kimiey tu dah bertunang dah, so jangan salah faham yerr...orang kata teman tapi mesra kan...hehehehehehe.

Apa-apa pun kimiey doakan moga kawan baik kimiey tu berjaya dalam hidup dan selamat mendirikan rumah tangga dengan bakal tunangnyer...moga berbahagia dengan yang tersayang, selepas ini jangan lupa jemput kitorang semua dan kawan-kawan pergi ke majlis resepsi ko tu..Apa-apa hidup mesti diteruskan sehingga titisan darah yang terakhir.

Wassalam....
*tiket tu akan ku simpan sebagai kenangan....

No comments:

Post a Comment